Home » Langit Terbuka » Selepas 334 tuduhan, penganggur berdepan 253 lagi dakwaan rogol

Selepas 334 tuduhan, penganggur berdepan 253 lagi dakwaan rogol

KUALA LUMPUR 5 Feb. –  Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah dengan 334 pertuduhan merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun akan didakwa lagi dengan tambahan 253 tuduhan kerana melakukan perbuatan sama terhadap kakak mangsa yang berusia 17 tahun.

Kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di Ampang pada Isnin.

Tertuduh juga akan didakwa kerana cubaan merogol seorang lagi kakak mangsa yang berusia 10 tahun mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang dibawa bersama Seksyen 511 juga peruntukan sama.

Pada Jumaat lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Perbuatan sumbang mahram itu berlaku di rumah pangsa di Ampang antara Januari 2010 dan Mac 2014.

Hakim Mohamad Kamil Nizam menetapkan 13 Mac untuk sebutan kes berkenaan.- mSTAR

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *