Home » Langit Terbuka » Seludup senjata untuk Palestin

Seludup senjata untuk Palestin

Romain Franck, dituduh menyeludup 70 pistol dan dua raifal antara dua wilayah Palestin itu melalui sekurang-kurangnya lima pemindahan.

BAITULMAQDIS: Israel menahan pekerja Konsulat Perancis di sini, kerana disyaki menggunakan kenderaan diplomatik untuk menyeludup senjata api dari Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Warganegara Perancis, Romain Franck, dituduh menyeludup 70 pistol dan dua raifal antara dua wilayah Palestin itu melalui sekurang-kurangnya lima pemindahan.

Menurut agensi keselamatan Israel, Shin Bet, Franck yang ditahan sejak 15 Februari lalu, melakukan perbuatan itu untuk keuntungan dirinya tanpa dorongan atau pengetahuan pegawai atasan.

Menurut Shin Bet, perbuatannya dipercayai tidak bermotifkan ideologi atau politik seperti menyokong perjuangan Palestin.

“Ia kejadian yang serius salah guna kekebalan dan keistimewaan politik di Israel bagi untuk menyeludup senjata api yang boleh digunakan untuk serangan pengganas,” kata kenyataan agensi itu.

Franck, 23, dijangka dihadapkan ke mahkamah esok bagi mendengar pertuduhan terhadapnya.

Jurucakap Kedutaan Perancis di Tel Aviv menyatakan kerajaan Perancis memandang serius kejadian itu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Israel.

Franck ditahan bersama seorang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur yang bekerja sebagai pengawal keselamatan konsulat serta tujuh lagi suspek.

Lelaki itu didakwa menggunakan kenderaan utiliti sukan konsulat yang tidak diperiksa pasukan keselamatan Israel kerana status diplomatik untuk membawa senjata api dihasilkan di kilang di Gaza kepada penjual senjata di Tebing Barat. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *