Home » Citra Yadim » Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

KERJASAMA Dakwah dengan pelbagai rakan strategik kekal menjadi pendekatan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Kelantan.
Pada 4 Mac, mereka bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Ta’awun Rakyat Harmoni Gua Musang mengadakan program YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama bertempat di Surau Kampung Miak , Gua Musang.
Seramai 40 keluarga asnaf dari Kampung Miak menerima sumbangan bekalan makanan asas sumbangan YADIM dan MKN.
Antara pengisian lain program ialah ceramah keselamatan oleh Penolong Pengarah Keselamatan & Ketenteraman Awam (Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan) Encik Mohd Zakwan Nawi dan tazkirah ringkas oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Selesai majlis penyampaian sumbangan turut diadakan aktiviti ramah mesra bersama penduduk kampung.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, Haji Jefni Muhammad.
Turut hadir wakil Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Encik Mohd Hanif Mohd Hussin dan pemimpin setempat Ustaz Amran Arifin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *