Home » Citra Yadim » Gotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan

Gotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor terus sentiasa bersama masyarakat.

Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, SAY Kuala Selangor bersama penduduk telah bergotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan pada 3 Mac.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran penduduk kampung sebelum tahlil ringkas diadakan dan kerja-kerja menebas rumput dan pembersihan kubur secara keseluruhan.

SAY Kuala Selangor diwakili oleh Pengerusinya, Puan Asmah Husin bersama ahli-ahlinya.
Ramadan nanti, SAY Kuala Selangor sudah menetapkan beberapa program bagi menyantuni penduduk daerah itu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *