Home » Langit Terbuka » Sembilan suspek rancang bunuh Erdogan

Sembilan suspek rancang bunuh Erdogan

ATHENS 18 Dis. – Sebuah akhbar tempatan mendakwa sembilan suspek pengganas merancang untuk membunuh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika lawatan kerjanya ke negara itu awal bulan ini.

Memetik sumber keselamatan, akhbar To Vima melaporkan, sembilan anggota parti sayap kiri Turki, Revolutionary People’s Liberation Party-Front (DHKP-C) kini ditahan oleh pihak polis.

Selain itu, laporan tersebut berkata, polis tempatan juga merampas pelan serangan itu, termasuklah penggunaan pelancar roket, bom tangan dan bom petrol Molotov.

DHKP-C yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Turki, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) telah membunuh ramai penduduk tempatan selain pegawai polis serta anggota tentera sejak ditubuhkan pada 1978.

Tambah laporan akhbar terbabit, suspek telah memberikan kod nama kepada Erdogan sebagai Scorpio.

Kumpulan itu dipercayai merancang menyerang konvoi kenderaan Erdogan dengan pelancar roket dari dua sisi, dengan seorang anggota lagi menyerang dari belakang. – UTUSAN MALAYSIA

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *