Home » Citra Yadim » Seminar Duat Al-Falah Pembimbing Malaysia Madani Peringkat Negeri Kelantan 2023.

Seminar Duat Al-Falah Pembimbing Malaysia Madani Peringkat Negeri Kelantan 2023.

SERAMAI 223 orang Duat Al Falah menerima watikah lantikan mereka dalam Seminar Duat Al-Falah Pembimbing Malaysia Madani Peringkat Negeri Kelantan 2023.

Gimik watikah berkenaan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Setia dr Na’im Mokhtar dalam program anjuran YADIM itu pada 15 Julai.

Du’at Al-Falah berperanan membawa pendekatan kesederhanaan dan berpegang teguh dengan asas akidah ahli sunnah wal jamaah yang sebenar selain bertanggungjawab membimbing kefahaman masyarakat tentang teras-teras pembinaan Malaysia Madani.

Lebih 200 peserta terdiri daripada para pendakwah, Guru KAFA dan Takmir menghadiri program di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Kelantan itu.

Pengisian utama program ialah pembentangan daripada lima panel iaitu Pakar Pengamal Undang-Undang, Dr Zulqarnain Lukman dengan tajuk Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan di Malaysia, Ahli Jawatankuasa Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia, Ustaz Marwan Bukhari (Konsep Madani Sebagai Falsafah Kenegaraan Islam) dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Operasi), Tuan Haji Ruslan Said, (Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Malaysia Hari Ini).

Tidak ketinggalan ialah Pengerusi Pertubuhan Murabbi Madani, Dr. Ab Halim Muhammad dengan pembentangan beliau, Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Teras Perpaduan Ummah di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin turut menjadi salah seorang pembentang dengan tajuk Prinsip Wasatiyyah dan Adab al-Ikhtilaf dan sebagai Teras Kesejahteraan Beragama di Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *