Home » Citra Yadim » Seminar Jati Diri Muslimah

Seminar Jati Diri Muslimah

KOTA BHARU 7 Nov. –Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Cawangan Kelantan telah menganjurkan program Seminar Jati Diri Muslimah bertempat di Merang Suria Resort, Kuala Terengganu pada 27 hingga 29 Oktober lalu.

Seramai  120 orang peserta hadir pada program berkenaan daripada pemimpin wanita dari pelbagai peringkat termasuk peringkat akar umbi.

Pada program ini para peserta telah didedahkan dengan pelbagai isu semasa oleh para penceramah yang terdiri daripada Pensyarah Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (Unisza), Ustaz Halim Awang, Pegawai Pembangunan Islam Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPK),  Ustaz Zaki Bin Muhamad dan Pengurus Eksekutif Yadim Zon Timur, Haji Mahadi Awang.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan para peserta mengenai isu-isu semasa  yang melanda negara dan memberi kesedaran kepada mereka tentang perkara-perkara yang boleh menggugat kestabilan negara.

Program ini turut bertujuan memperkasakan Pergerakan Wanita di peringkat akar umbi khususnya yang terlibat secara langsung dalam jalinan rakyat serta mampu melahirkan elahirkan penceramah di peringkat bawahan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *