Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan Madani di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu

Seminar Kenegaraan Madani di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu

SEMINAR Kenegaraan Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Naim Lilbanat di Kota Bharu, Kelantan pada 18 September telah menarik penyertaan lebih 300 pelajar.
Program setengah hari anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dan YADIM Kelantan ini menghimpunkan pelajar dari SMK Agama Naim Lilbanat, SMK Sultan Ismail, Maktab Sultan Ismail, SMK Zainab 1 serta SMK Dato’ Ahmad Maher.
Dimulakan dengan slot Motivasi Kenegaraan Madani yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIN, Dr Johari Yap sebelum diisi dengan slot Forum Madani bertajuk ’Perpaduan Asas Pembangunan Negara Bangsa.
Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, Prof Madya Dr Nur Azuki Yusuff dan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah dari Pondok Pasir Tumboh merupakan panel kepada forum ini. Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang pula merupakan moderator forum.
Program kemudiannya diteruskan dengan Wacana Madani dengan tajuk ‘Peranan Masyarakat Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Haji Saipul Bahri Ab Manaf.
Seminar Kenegaraan Madani merupakan program pengukuhan kefahaman Malaysia Madani anjuran YADIM yang diadakan di seluruh negara. Program di SMK Agama Lilbanat merupakan yang kedua kali diadakan di Kelantan.
Sebelum ini program yang sama telah dianjurkan di Johor, Negeri Sembilan dan lain lain negeri.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *