Reruai YADIM di Karnival Komuniti, Pesta Air Putrajaya

LENSA Reruai YADIM di Karnival Komuniti, Pesta Air Putrajaya di Kompleks Futsal Present 18. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila ia tidak putus menerima kunjungan orang ramai. Selain jualan buku buku terbitan YADIM dengan potongan hingga 70 peratus, turut diadakan acara cabutan bertuah dan tabung infaq YADIM. Kepada yang berkelapangan, jom singgah ke Reruai YADIM […]

Agihan sumbangan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat

LENSA Agihan makanan dan sumbangan barangan keperluan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 22 September. Seramai 30 keluarga dari Kampung Sungai Rambai, Kampung Kebun Baharu, Jalan Sukepi, Kampung Jenjarum, Kampung Medan dan Kampung Sijangkang disantuni dalam program ini. Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Haji Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob turun […]

YADIM konsisten fokus santuni komuniti madani orang asli Bentong

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus melaksanakan inisiatif memperkasakan gagasan Malaysia Madani dengan menyantuni komuniti Madani Orang Asli di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Gapoi, Bentong Pahang. Program bertarikh 22 September 2023 (Khamis) ini dan selama sehari itu bermula jam 10.00 pagi bertempat di Tabika Kemas Kampung Sungai Gapoi. Aktiviti yang melibatkan lebih 100 orang termasuk […]

YADIM Kolaboratif ‘Ijtima Harakiy’

YADIM Kolaboratif ‘Ijtima Harakiy’ Forum Perdana dan Qiamullail Perdana telah di laksanakan di Kompleks Pendidikan Al Hikmah yang di rasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin pada 21 September. Forum Perdana yang bertajuk ‘Melestarikan Malaysia Madani Penuh Hikmah’ itu menampilkan Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Encik Amidi Abdul Manan, Setiausaha […]

Program Asas Dan Praktikal Pengurusan Jenazah

LENSA Program Aspirasi Belia Madani : ’Asas Dan Praktikal Pengurusan Jenazah’ anjuran YADIM Terengganu di Surau As Salam, Hulu Terengganu pada 21 September dengan kehadiran 85 pelajar. Penceramah jemputan, Ustaz Mohammad Deraman, mengadakan sesi teori dan praktikal secara interaksi dua hala untuk memberi lebih kefahaman para peserta program. Praktikal dilaksanakan dengan menggunakan kit jenazah milik […]

YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

INISIATIF Dakwah menerusi penyampaian ilmu oleh YADIM Terengganu berlangsung sepanjang tahun bagi memastikan generasi muda di negeri tersebut khususnya, sentiasa diberikan pengisian bermanfaat bagi menyiapkan mereka menempuh masa depan. Menerusi Program Aspirasi Remaja Madani umpamanya, para pelajar dipersiapkan serta diberikan pengisian kerohanian bagi memandu mereka secara fizikal dan spiritual. Program pada 21 September di Sekolah […]

Program Seminar Malaysia Madani bersama PDRM Kontinjen Perlis

BERTEMPAT Di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah diadakan Program Seminar Malaysia Madani anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia Perlis (YADIM) dengan kerjasama PDRM Kontinjen Perlis. Program pasa 20 September ini bertujuan melahirkan kakitangan yang berilmu dan berakhlak di dalam setiap pekerjaan yang dilakukan serta membentuk warga kerja bermotivasi dan berfikiran kreatif. Program […]

Induksi Rakan Siswa YADIM di UNISEL

SATU Sesi Induksi Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Selangor (UNISEL) telah diadakan di Pusat Islam universiti tersebut pada 19 September. Ia disertai seramai 20 orang barisan pimpinan RSY. Sesi induksi ini memberi penekanan berkaitan Plan Of Action (POA) bagi pergerakan RSY untuk merangka dan menyelaras program-program agar selaras dengan visi dan misi YADIM. Antara yang […]

Bengkel Solat Orang Sakit YADIM Pulau Pinang

SEKITAR Bengkel Solat Orang Sakit pada 19 September anjuran YADIM Pulau Pinang. Dianjurkan dengan kerjasama Biro Agama dan Kerohanian Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), ia menarik penyertaan seramai 30 orang. Pengisian program disampaikan oleh Ustaz Mohd Salmi Shaimi, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Kursus […]

Kunjungan hormat kepada Mufti Negeri Pulau Pinang

KUNJUNGAN hormat kepada Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor mengukuhkan lagi hubungan baik antara YADIM dan pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias mengadakan kunjungan hormat […]