Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kolej Tentera Udara

Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kolej Tentera Udara

SEMINAR Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kolej Tentera Udara di Auditorium Taming Sari, Kepala Batas pada 27 Februari telah dihadiri seramai 120 pegawai dan anggota pasukan berkenaan.
Dianjurkan oleh YADIM Kedah dan Perlis dengan kerjasama Kolej Tentera Udara, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani di kalangan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Program bermula dengan ucap utama oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brigedier Jeneral Ramli Mohd Abd. Jabar TUDM sebelum perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin.
Sesi pertama seminar ini disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Nadwah Ulama Ilmuan YADIM (NUIM) Dr. Jufitri Johar yang bertajuk ’Memahami Kenegaraan Madani’.
Pengisian sesi kedua disampaikan oleh Timbalan Pengerusi WADAH Pulau Pinang, Dr. Joohari Arifin bertajuk ’peranan masyarakat dalam penghayatan teras Malaysia MADANI’.
Hadir sama dalam program ini ialah Pegawai Kanan Jor Agama Angkatan Tentera, Leftenan Kolonel Mohammad Azhari Ali dan Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *