Home » Citra Yadim » Semoga lebih ramai terima manfaat

Semoga lebih ramai terima manfaat

PASIR SALAK – “MasyaAllah, malam tadi beri cek, pagi ini bagi barang dapur pula”

“Semoga dipermudahkan semua urusan pihak Tuan agar lebih ramai nanti terima manfaat dan boleh dibantu..”

Cukup puas mendengar reaksi spontan begini.

Hilang penat lelah menghabiskan masa berjam jam, melalui laluan sempit dan sukar, kebun serta ladang sejak pagi menghantar barangan sumbangan kepada pusat tahfiz, masjid dan rumah anak yatim sekitar kawasan ini.

Bermula jam 9 pagi pada 2 Julai, YADIM mengedarkan 510 pek telur, 250 kilogram bawang merah, 250 kilogram bawang putih dan roti kepada Pusat Pendidikan Al Barakah, Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Busarah, Maahad Tahfiz Babul Barakah, Maahad Tahfiz Al Quran Al Ahmad dan Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Lama, Lambor.

Turut menerima sumbangan ialah Maahad Tahfiz Al Ikhlas, Maahad Tahfiz Zaman Ar Rahmah serta Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, Air Kuning dan Maajid Sultan Azlan Shah di sini.

Program ini ialah sebahagian pengisian untuk program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perak yang diadakan di Litar Dato’ Sagor, di sini bermula 1 Julai.

Badan dakwah ini mengisi program dengan Malam Zikir Berkah Perak Sejahtera di litar berkenaan yang menerima sambutan sangat baik apabila dewan program dipenuhi pengunjung yang hadir menyaksikannya.

Program diteruskan penyerahan sumbangan kepada pusat pusat tahfiz di negeri ini keesokan paginya.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *