Home » Citra Yadim » Townhall Dakwah masyarakat majmuk dalam IPT Negeri Kedah

Townhall Dakwah masyarakat majmuk dalam IPT Negeri Kedah

SUNGAI PETANI – Program Dakwah Masyarakat Majmuk telah berlangsung pada 1 Julai 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini anjuran YADIM Kedah.

Program dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) negeri Kedah ini dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Turut bersama Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,, Saudara Mohd Shafiq Sholeh.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi ini dimulakan dengan slot pertama oleh penceramah bebas terkemuka, Saudara Khaw Lek Ming yang bertajuk Kewajipan Berdakwah Kepada Non Muslim dan seterusnya slot kedua disampaikan Saudara Noorhafizzuddin Md. Zin, Pengurus Hidayah Centre Kedah.

Rata rata peserta yang terdiri daripada pelajar Institusi PengajianTinggi negeri Kedah ketika ditemui memberikan maklum balas positif dengan program yang telah diadakan ini.

Semoga perkongsian dan perbincangan ilmu ini memberi manfaat kepada semua.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *