Home » Kenyataan Media » Semua pihak perlu hormat pandangan Mufti

Semua pihak perlu hormat pandangan Mufti

mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Mufti itu perlulah menjawabnya dengan ilmu dan hujah, dan bukan dengan sentimen kebencian atau berpuak.- Foto FB

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kesal dengan reaksi yang melampau daripada segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai sumpah laknat baru-baru ini.

Seluruh anggota masyarakat sepatutnya menghormati pandangan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan kerana beliau sememangnya seorang yang tinggi keilmuan dan keperibadiaanya serta diiktiraf oleh semua pihak sama ada di dalam atau di luar negara.

Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga dikenali sebagai seorang yang tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada mana-mana kumpulan atau pihak, kerana sebarang kenyataan yang dibuat olehnya adalah semata-mata berdasarkan ilmu.

Sewajarnya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Mufti itu perlulah menjawabnya dengan ilmu dan hujah, dan bukan dengan sentimen kebencian atau berpuak.

YADIM berpandangan, setiap orang boleh berbeza pandangan dalam pelbagai perkara namun perbezaan itu haruslah dikawal dengan sempadan adab dan ilmu.

Penghinaan yang dibuat ke atas Mufti sebenarnya tidak menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau,  tetapi sebaliknya mendedahkan wajah sebenar golongan penghina yang sebelum ini kerap berselindung dengan slogan mempertahankan Islam.

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM          26 DISEMBER 2019

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *