Home » Citra Yadim » Bowling SAR Kuala Langat – YADIM

Bowling SAR Kuala Langat – YADIM

SHAH ALAM – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus aktif dalam melaksanakan dan mempelbagaikan program programnya.

Terbaharu pada 25 Disember lalu, mereka dengan kerjasama Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Jom Main Bowling Ar Rahmah.

Program yang diadakan di Plaza Alam Sentral di sini, menarik penyertaan 60 peserta, selain turut disertai oleh Yang Dipertua Kelab Warga Emas Shah Alam, Datuk Emran Kadir dan ahli-ahlinya.

Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Syahrizal Mat serta Pengerusi SAR Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.

Hafiz dalam ucapan ringkasnya berkata, program rekreasi santai ini mengeratkan lagi hubungan antara YADIM dan pasukan SAR Kuala Langat.

Senada dengan Hafiz, Hasmawi pula berkata pihaknya bercadang mengatur banyak lagi program seperti ini, yang melibatkan YADIM dan pelbagai lagi lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *