Home » Citra Yadim » Sepakat Madani Bersama Komuniti Siri Keempat

Sepakat Madani Bersama Komuniti Siri Keempat

SIRI Keempat Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Dewan Bestari Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu pada 29 Februari.
Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk ‘Malaysia Madani Memupuk Masyarakat Sejahtera’ yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Dr. Mohd Sharani Mohd Naim.
Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 30 asnaf yang dikenalpasti memerlukan.
Seramai 80 orang ahli komuniti Madani telah menghadiri program ini. Perasmian program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Yang Berhormat Dr. Hafidzah Mustakim.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Encik Muhd Nor Aswadi Md Nor dan Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Encik Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Pengarahnya, Ustaz Mahadi Awang yang turut menyampaikan ucapan aluan.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, YADIM Negeri Kelantan, YaPEIM dan Duat Al Falah.
Siri sebelum ini telah diadakan di Parlimen Tumpat,Tanah Merah dan Kubang Kerian.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *