Home » Citra Yadim » Sepetang di Sipitang

Sepetang di Sipitang

SIPITANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah baru baru ini bersama Menteri Pelajaran Dan inovasi Sabah, YB Datuk Dr Yusof Yacob telah menyantuni 10 buah keluarga terpilih di sini.

Dalam program ringkas itu, Dr Yusuf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada pesakit dan keluarga terpilih di Kampung Palakat.

Eksekutif YADIM Zon Sabah, Ustaz Ramlee hj Daud berkata, dalam semangat tanggungjawab berkhidmat menyampaikan dakwah kepada masyarakat, pihaknya berusaha mendekati golongan yang menjadi tumpuan, walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan termasuk kewangan.

Program ini merupakan kerjasama YADIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat ADUN Sindumin, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Majlis Daerah Sipitang.

YADIM mengucapkan terima kasih kepada Dr Yusuf yang sudi meluangkan masa menyertai program berkenaan.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *