Home » Langit Terbuka » Serangan Madinah: Putera Charles lahir rasa simpati kepada Arab Saudi

Serangan Madinah: Putera Charles lahir rasa simpati kepada Arab Saudi

RIYADH, Rabu – Pewaris diraja Britain, Putera Charles melahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap Arab Saudi berikutan serangan pengganas di Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini.

Media rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agency (SPA) melaporkan, perkara tersebut dinyatakan Charles menerusi surat yang dihantar kepada Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman AbdulAziz.

“Saya amat sedih dengan kejadian ngeri yang berlaku di Madinah, dan mahu segera menghantar surat ini kepada tuanku.

“Ini serangan jenayah mengerikan ke atas tapak suci orang Islam. Saya bersimpati dengan kamu, ayah kamu, negara dan kerajaan Arab Saudi,” kata Charles.

Sementara itu, Putera Faisal mengucapkan penghargaan kepada Charles untuk surat tersebut dan berkata bahawa dunia Islam telah bersatu mengutuk serangan jenayah itu.

“Kami akan bekerjasama untuk menghentikan ancaman puak pelampau ini dalam memastikan keselamatan dan kestabilan kerajaan Arab Saudi dan dunia.

“Saya menghargai rasa simpati itu dan akan sampaikan ia kepada Raja Salman Abdulaziz,” kata Putera Faisal.

Sebelum ini, empat terbunuh dalam serangan berdekatan Masjid Nabawi dan serangan yang sama di sebuah masjid Syiah dan Konsulat Amerika Syarikat di dua bandaraya Arab Saudi.- Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *