Home » Citra Yadim » Sertai SAY untuk bina keterampilan diri

Sertai SAY untuk bina keterampilan diri

KUCHING  – Golongan muda di negeri ini digalakkan menyertai Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) bagi membina keterampilan dan mengembangkan jati diri mereka.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, penyertaan dalam aktiviti kesukarelawanan memberikan pelbagai manfaat untuk anak anak muda.

“Berbagai aktiviti boleh disertai, yang paling penting boleh meningkatkan jati diri, keyakinan, daya saing, lebih cekal dan bertanggungjawab.

“Ia proses pembelajaran  untuk jadikan anak muda lebih berketerampilan jika anda sertai badan seperti SAY,”ujarnya pada majlis Program Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM 1442H dengan kerjasama CIMB Islamic di sini pada 8 Mei. Dana sumbangan Ramadan ini disumbangkan oleh CIMB Islamic.

Ia turut mendapat kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai dan Masjid Darul Solihin, Kampung Telaga Air.

Seramai 50 ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya , anak yatim dan warga emas menerima sumbangan duit dan biskut raya serta barangan keperluan harian bernilai RM200 setiap seorang.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Dalam pada itu, Datuk Dr Haji Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada YADIM dan CIMB atas penganjuran program berkenaan yang disifatkannya sebagai satu usaha konsisten menyantuni rakyat.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai badan bukan kerajaan untuk turut ke lapangan sebagaimana dilakukan YADIM dengan badan korporat seperti CIMB Islamic untuk mendekati dan menyantuni rakyat.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *