Home » Citra Yadim » Sesi Uji Bakat ADMY 2024 kini bermula

Sesi Uji Bakat ADMY 2024 kini bermula

PENCARIAN Pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2024 kini bermula.
Hampir 120 orang calon telah menghantar permohonan untuk menyertai ADMY 2024.
Selepas saringan awal, hanya 63 orang calon yang layak dan melepasi syarat kelayakan untuk menyertai program melahirkan pendakwah muda terbaik negara ini.
Bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Langat, seramai 42 orang calon dari seluruh negara telah hadir mendaftar untuk mengikuti sesi uji bakat dan temuduga untuk pemilihan pelatih.
Sesi Uji Bakat ADMY 2024 ini diadakan selama lima hari bermula 22 hingga 26 Mac 2024.
Mereka perlu melalui enam peringkat saringan iaitu fardhu Ain, tazkirah, fizikal, kerja berpasukan serta pemikiran kritikal dan dakwah jalanan.
Pada hari terakhir, calon pelatih ADMY akan melalui sesi temuduga oleh panel penilai pakar yang telah dilantik untuk menilai keterampilan dan kompetensi calon sebelum melayakkan calon tersebut dipilih menjadi pelatih ADMY.
Siapa yang mara, siapa jadi, juara?
Kekal bersama kami hingga akhir untuk temui jawapannya.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *