Home » Langit Terbuka » Sheikh Muhammad Kurayyim lancar Masjid Darul Murtadha

Sheikh Muhammad Kurayyim lancar Masjid Darul Murtadha

Pemegang Sanad Al-Quran Tertinggi di Dunia, Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih.

SUNGAI PETANI 15 Jan. – Pemegang Sanad Al-Quran Tertinggi di Dunia, Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih dari Syria hadir melakukan Pelancaran Dana Pembinaan Masjid Darul Murtadha dan Pembangunan Fasa Kedua Kompleks Maahad Tahfiz Intan.

Dalam kunjungan itu, Muhammad Kurayyim melalui Bahasa Arab turut memuji kesungguhan jawatankuasa yang membangunkan pusat pengajian berkenaan sehingga berjaya menjadi penempatan pelajar tahfiz dan pengajian pondok.

Ulama tersohor di dunia yang merupakan Salasilah ke-28 daripada Rasulullah SAW itu juga pernah melawat tapak Maahad Tahfiz Intan di Kampung Teluk Sungai Layar, Sungai Petani itu beberapa tahun dahulu di mana ketika itu belum didirikan sebarang bangunan.

Beliau turut mendoakan agar pembangunan Masjid Darul Murtadha dan pembinaan fasa kedua Kompleks Maahad Tahfiz berjalan lancar dengan mampu melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang.

Pendakwah, Allahyarham Ustaz Murtadha Mohd Yusoff yang meninggal dunia selepas kemalangan awal Januari lalu merupakan Timbalan Pengerusi Dana pembinaan Masjid Darul Murtadha dan Pembangunan Fasa Kedua Maahad Tahfiz Intan. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *