Home » Langit Terbuka » Sidang bincang Baitulmaqdis sasar penyertaan 700 MP, NGO seluruh dunia

Sidang bincang Baitulmaqdis sasar penyertaan 700 MP, NGO seluruh dunia

Menurut Pengerusi LP4Q, antara yang bakal hadir adalah delegasi dari Turki, Nigeria, Mexico dan New Zealand. - Foto LP4Q

PETALING JAYA – Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Februari ini menyasarkan penglibatan 700 anggota parlimen dan NGO seluruh dunia.

Pengerusi LP4Q Syed Ibrahim Syed Noh berkata, persidangan kali ketiga ini merupakan acara penting susulan pelan damai Timur Tengah yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang mencetuskan bantahan.

“Ini adalah sidang yang penting dalam situasi di mana berlaku pelan damai antara Washington dan Israel dan ramai pihak dunia yang menentangnya, antaranya Malaysia sendiri.

“Persidangan ini untuk menyedarkan kewujudan kebebasan untuk semua negara,” katanya yang merupakan anggota parlimen Ledang, ketika sidang media di Petaling Jaya pada 5 Februari.

Menurut Syed Ibrahim, antara yang bakal hadir adalah delegasi dari Turki, Nigeria, Mexico dan New Zealand.

Al-Quds adalah nama lain untuk Baitulmaqdis.

Sidang LP4Q tahun ini disokong pelbagai NGO antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Bertempat di One World Hotel Petaling Jaya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi ucaptama dalam sidang tersebut.

Pelan damai Timur Tengah antara lain mencadangkan penyelesaian “dua negara” dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai “ibu negara Israel yang tidak dibahagikan”.

Pegawai Palestin Riyad Mansour berkata presiden Mahmoud Abbas akan mengemukakan draf resolusi untuk menentang pelan damai itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan yang akan diadakan bulan ini.

Pemimpin Hamas, Ismael Haniyya pula berkata pihaknya tidak menerima pelan itu – yang menurutnya menjejaskan hak enam juta pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air – dan Hamas akan meneruskan perjuangan membebaskan Palestin dengan Baitulmaqis sebagai ibu negara. – Malaysiakini

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *