Home » Langit Terbuka » Wakil WHO puji tindakan Malaysia tangani coronavirus

Wakil WHO puji tindakan Malaysia tangani coronavirus

WHO berpandangan kerajaan Malaysia pantas dan telus berkongsi dan memaklumkan perkembangan terkini 2019-nCoV kepada orang ramai. – Foto SelangorKini


KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru, berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

“Kami (WHO dan orang ramai) boleh melihat semua maklumat, dan maklumat itu dikeluarkan dengan pantas di media sosial serta laman sesawang kementerian kesihatan, jadi saya rasa mereka telah melakukannya dengan baik sekali.

“WHO juga sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat (dengan pihak berkuasa Malaysia), seperti garis panduan terkini… mereka meminta (garis panduan dalam menangani coronavirus) dan menggunakannya. (Secara keseluruhan) mereka begitu bersedia, berani dan rajin,” katanya kepada Bernama selepas muncul dalam program Bernama TV di sini, pada 5 Februari.

Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua kes baharu coronavirus daripada rakyat Malaysia yang dibawa pulang semalam dari bandar Wuhan di China yang teruk dilanda wabak coronavirus.

Pengumuman terkini itu menjadikan kes terkumpul coronavirus di Malaysia ialah 12.

Sementara itu, Dr Lo menasihati rakyat Malaysia yang mengalami gejala penyakit pernafasan seperti batuk, bersin atau sesak nafas agar segera mendapatkan nasihat perubatan.

“(Orang ramai yang mempunyai gejala ini) juga perlu mendedahkan sejarah perjalanan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa perubatan menentukan sama ada anda berisiko menerusi satu ujian diagnostik.

“Tetapi saya rasa apa yang lebih penting adalah untuk mengingatkan semua orang bahawa mereka boleh melakukan sesuatu untuk mencegah jangkitan virus ini seperti mencuci tangan dan memakai topeng muka,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *