Home » Citra Yadim » Sidang Meja Bulat Asatizah Timur Tengah (Zon Tengah) 2022

Sidang Meja Bulat Asatizah Timur Tengah (Zon Tengah) 2022

Sidang Meja Bulat Asatizah Timur Tengah (Zon Tengah) 2022 yang diadakan di Putrajaya anjuran YADIM pada 24 September menghimpunkan seramai 60 alumni penuntut universiti terkemuka di wilayah berkenaan.

Bekas bekas penuntut universiti dari Yaman, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Syiris, Jordan dan Maghribi yang kesemuanya kini merupakan cendekiawan dan tokoh tokoh terkemuka di negara ini dalam bidang masing masing berhimpun bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan mereka dan apakah yang boleh disumbangkan mereka.

Bergerak ke hadapan, program seumpama ini dalam skala yang lebih besar akan diadakan selepas siri jelajah program yang sama akan diadakan terlebih dahulu di Zon Utara, Selatan, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Turut dirancang ialah sesi dialog secara berkala, memperkasakan kemasukan pelajar ke universiti di Timur Tengah antaranya melalui penguasaan Bahasa Arab serta memastikan para alumni Timur Tengah ini menyumbang ke arah pembangunan negara menggunakan kepakaran masing-masing.

YADIM bekerjasama dengan Majlis Amal Islami Malaysia, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) bagi menjayakan program ini.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi ILMAM, Ustaz Dr. Zuhaili Saiman.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *