Home » Citra Yadim » YADIM bantu mangsa banjir

YADIM bantu mangsa banjir

SUNGAI PETANI 7 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah pada 6 dan 7 November dengan mengadakan program ziarah melibatkan beberapa kakitangan daripada YADIM Zon Utara.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain  berkata, dalam program berkenaan bantuan telah diberikan bagi meringankan  beban mangsa banjir berkenaan di samping memberikan sokongan moral kepada mereka yang terpaksa menghadapi bencana itu dan berhadapan dengan kemusnahan harta benda.

banjir kedah penang (3) banjir kedah penang (1) banjir kedah penang (2)

“Pada program pertama, kami telah tinjauan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Tasek Gelugor,  Pulau Pinang yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Padang Menora,’’ katanya.

Beliau berkata, pusat berkenaan menempatkan 302 mangsa banjir di sekitar kawasan berkenaan yang terjejas apabila rumah mereka ditenggelami air.

Menurutnya, selain YADIM, pelbagai agensi lain turut berada di kawasan berkenaan termasuk   Jabatan Pertahanan Awam  Malaysia (JPAM), RELA dan pejabat kesihatan daerah.

Manakala, pada hari ini, beliau berkata, kakitangan YADIM Zon Utara telah mengadakan program         Ziarah Kasih Mangsa Banjir Parlimen Jerai,Kedah yang melibatkan 28 keluarga mangsa banjir.

“Mereka ditempatkan sementara di Surau Kampung Teroi,Yan apabila rumah mereka dinaiki air,’’ katanya.

Mangsa-mangsa yang ditemui berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan terutama untuk membeli keperluan persekolahan dan membaiki kediaman mereka yang rosak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *