Home » Langit Terbuka » Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan

Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan

SINGAPURA 8 Nov. – Presiden Si­ngapura, Tony Tan Keny Yam hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, se­kali gus memberi peluang kepada calon berketurunan Melayu untuk menerajui republik ini.
“Saya mahu melihat Presiden daripada orang Melayu selepas 46 tahun,” kata beliau yang juga Presiden Ketujuh Singapura selepas mengangkat sumpah pada 1 September 2011.
Mengukuhkan lagi Singapura bakal ditadbir Presiden Me­layu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, jawatan itu akan dikhaskan untuk calon dari kaum tersebut.
“Saya akan mencadangkan pindaan dilakukan dalam peruntukan kaum Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya Presiden pada Januari ini,” katanya di Parlimen.
Hsien Loong menjelaskan, sistem yang akan dipinda itu merupakan satu model yang membuka pencalonan kepada semua kaum, namun jika tiada Presiden dari etnik tertentu selama lima penggal berturut-turut, maka penggal akan datang dikhaskan kepada satu kaum sahaja.
Jelas beliau, jika ada calon Melayu yang berkelayakan bertanding dalam Pilihan Raya Presi­den Singapura pada Ogos tahun depan, negara ini akan memiliki Presiden Melayu sekali lagi.
“Memetik kata-kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Yaacob Ibrahim semalam, Presiden seterusnya akan menjadi orang Melayu kedua menerajui Singapura dalam tempoh 46 tahun sejak Presiden pertama, Yusof Ishak,” katanya. – BERNAMA
– https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *