Home » Citra Yadim » Singgah sahur santuni petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan

Singgah sahur santuni petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan

SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan, Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan dan Youth Care Malaysia telah mengadakan program Singgah Sahur kepada petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan sekitar Seremban.

Menerusi program pada 2 Mei ini, mereka menyediakan juadah sahur untuk kakitangan keselamatan yang sedang bertugas.

Ia sebagai penghargaan kepada mereka, yang bertugas mengawal keselamatan dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Seramai 20 sukarelawan terlibat dalam program bermula jam 3 pagi hingga 4.30 pagi ini.

100 anggota polis, kakitangan hospital, anggota bomba dan pengawal keselamatan sekolah sekitar bandaraya ini disantuni dalam program ini.

Program ini juga ialah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *