Home » Citra Yadim » Singgah Sahur YADIM di Yan

Singgah Sahur YADIM di Yan

YAN – Program Musa’adah Mega yang sedang berlangsung di daerah ini, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membawa manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Walaupun ia fokus kepada inisiatif membaiki kediaman mangsa ribut, namun pada masa yang sama turut menyanyuni golongan lain.

Pada 2 Mei, sebagai salah satu aktivitinya, YADIM telah mengadakan program Singgah Sahur di daerah ini.

Secara keseluruhannya, seramai 272 pelajar dari Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) At Taqwa, SMITI Darul Izzah, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Saif, Maahad Tahfiz Al Fityan dan para petugas sekatan jalan raya menerima manfaat daripada program ini yang menggunakan food truck untuk mengagihkan juadah sahur.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Muhammad Muzzammil Musbah.

Program ini juga adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *