Home » Langit Terbuka » Sirajuddin mampu pacu Jakim lebih cemerlang – Mohd. Na’im

Sirajuddin mampu pacu Jakim lebih cemerlang – Mohd. Na’im

Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dapat memacu jabatan itu lebih cemerlang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Sirajuddin dipercayai mampu menggalas amanah ini sekali gus dapat melaksanakan agenda Membangun Malaysia Madani.

Mohd. Na’im berkata, Sirajuddin berpengalaman luas selama 32 tahun dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia termasuk di jabatan agama Islam negeri (JAIN) dan pernah bertugas sebagai Atase Halal di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

“Jabatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Sirajuddin atas pelantikan ini.

“Pada masa sama, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Hakimah Mohd. Yusoff atas segala jasa dan sumbangan bakti kepada kerajaan dan pengurusan hal ehwal Islam. Semoga semuanya dicatat sebagai amal soleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan mengenai pelantikan Sirajuddin itu berkuat kuasa hari ini dalam usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, kerajaan bersetuju melantik Hakimah sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal yang melibatkan koordinasi antara Jakim, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Halal Development Corporation (HDC). – KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *