Home » Citra Yadim » Siri pertama IJLIS di Pusat Jagaan Al Fikrah

Siri pertama IJLIS di Pusat Jagaan Al Fikrah

Penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah bergambar bersama kakitangan YADIM sebelum menamatkan siri pertama IJLIS.

KAJANG – Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengadakan satu program ramah mesra bersama penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah di Sungai Sekamat di sini.

Program Iman Dijaga Lambaian Syurga (IJLIS) itu menyantuni kira kira 50 penghuni pusat jagaan warga emas itu.

Seramai 10 kakitangan YADIM dari Bahagian Pembangunan Ummah, Bahagian Kepimpinan Muda serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menghabiskan masa selama kira kira empat jam bermula jam 11 pagi di pusat tersebut, dengan melakukan aktiviti seperti sesi taaruf bersama penghuni, majlis tazkirah ringkas, ziarah katil ke katil selain makan tengahri dan solat Zohor bersama mereka.

Penyelaras program, Muhammad Rasyid Ismail berkata, ini adalah program IJLIS kali pertama diadakan di pusat berkenaan.

“Kami merancang untuk mengadakan IJLIS secara bersiri di pusat ini, untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara YADIM dan Pusat Jagaan Al Fikrah.

“InsyaAllah selepas ini kita akan tambah pengisian lain seperti kelas agama dan aktiviti luaran,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *