Home » Langit Terbuka » SKMM beri amaran penyebar berita palsu menteri dijangkiti Covid-19

SKMM beri amaran penyebar berita palsu menteri dijangkiti Covid-19

MCMC memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita yang palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya. - Foto FMT

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan berhubung penyebaran berita palsu yang tular di media sosial yang mendakwa seramai 13 Menteri Kabinet telah dijangkiti Covid-19 beberapa hari lalu.

Perkara tersebut telah pun dinafikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya.

”MCMC memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita yang palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya,” katanya dalam kenyataan pada 9 Oktober.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan tegas boleh diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *