Home » Langit Terbuka » Mahkamah Syariah Rendah Klang tetap beroperasi

Mahkamah Syariah Rendah Klang tetap beroperasi

Operasi dan perkhidmatan Mahkamah Rendah Syariah Klang akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB kerana lokasi mahkamah terletak di mukim Kapar. - Foto Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang tidak termasuk dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang yang berkuat kuasa 9 Oktober.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Klang hanya akan memulakan operasi pada Isnin depan berikutan masih lagi terikat Arahan Penyelarasan Perkhidmatan dan Operasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri atau Mahkamah Syariah Negeri yang dikeluarkan Ketua Pengarah atau Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Selasa lalu.

Unit Komunikasi Korporatnya menjelaskan, semua perkhidmatan dan operasi termasuk prosiding perbicaraan, sebutan kes, majlis sulh dan pendaftaran kes yang melibatkan orang awam di Mahkamah Rendah Syariah Klang masih ditangguhkan.

“Mahkamah akan dibuka kepada orang awam dan beroperasi sepenuhnya bermula Isnin hadapan.

“Operasi dan perkhidmatan Mahkamah Rendah Syariah Klang akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB kerana lokasi mahkamah terletak di mukim Kapar,” katanya.

Tambah kenyataan itu, penangguhan operasi tersebut turut terpakai bagi semua Mahkamah Syariah Negeri Selangor.

“Pelanggan yang mempunyai sebarang prosiding kes atau mempunyai temu janji dalam tempoh tersebut akan dihubungi pihak mahkamah bagi pemakluman tarikh baharu,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian telefon premis Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang berkaitan seperti yang tertera di laman sesawang http://www.jakess.gov.my – Utusan Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *