Home » Langit Terbuka » Solat Jumaat jemaah dibenar dengan kapasiti 1/3 di Wilayah Persekutuan

Solat Jumaat jemaah dibenar dengan kapasiti 1/3 di Wilayah Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Ehgosheep

PETALING JAYA – Putrajaya hari ini (11 Jun) bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan berjemaah dengan kapasiti 1/3 di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula 12 Jun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau sendiri sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melalui sidang video bagi tujuan mengangkat isu peluasan kapasiti solat Jumaat dan berjemaah dalam tempoh PKPP di Wilayah Persekutuan.

“Bagi menzahirkan titah perkenaan Agong, bagi Wilayah Persekutuan dalam zon hijau akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan keluasan 1/3 dewan solat Jumaat pada 12 Jun.

“Sebagai contoh, jika sesebuah dewan boleh memuatkan 1,000 orang padat satu-satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah seramai 333 orang buat masa ini,” katanya dalam sidang media, hari ini. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *