Home » Langit Terbuka » Solat Tarawih, Aktiviti Keagamaan Dibenarkan Sepanjang Ramadan – Ismail Sabri

Solat Tarawih, Aktiviti Keagamaan Dibenarkan Sepanjang Ramadan – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, prosedur operasi standard berkaitan jumlah jemaah Solat Tarawih akan diputuskan di peringkat negeri. - Foto AlHijrah Online

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran solat tarawih secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah jemaah akan diputuskan di peringkat negeri.

“Seperti kita ketahui, solat dan aktiviti agama adalah di bawah bidang kuasa pihak negeri.

“Tadarus, ceramah agama dan sebagainya, jumlah kehadiran akan ditentukan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media pada 16 Mac.

Selain aktiviti keagamaan, Ismail Sabri berkata MKN turut membenarkan penganjuran bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri sepanjang bulan puasa. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *