Home » Langit Terbuka » SPRM pantau lebih ramai pegawai agama

SPRM pantau lebih ramai pegawai agama

BANGI, 21 Februari – Penangkapan membabitkan beberapa pegawai dari jabatan agama Islam negeri baru-baru ini menunjukkan bahawa tiada siapa yang terlepas daripada tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, siasatan akan terus dijalankan kepada sesiapa, selagi terdapat unsur-unsur rasuah dikenal pasti.

Katanya, agama bukan alat yang boleh digunakan untuk kepentingan peribadi individu.

“Tiada mana-mana agensi yang akan terlepas daripada pemantauan kami, dan kita akan menyiasat sesiapa sahaja yang melakukan salah laku.

“Jika mereka fikir kita tidak akan mengambil tindakan, maka lebih baik berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ditahan kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa. Seorang daripadanya ialah Ketua Penolong Pengarah dan seorang lagi Penolong Pegawai Bahagian Undang-Undang Syariah.

Kedua-dua lelaki berusia 55 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 4.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan dijalankan ke atas mereka.

Mengulas perkara itu, Azam berkata, lebih ramai pegawai-pegawai dari badan agama sedang dipantau atas tuduhan rasuah dan tidak menolak banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi.

Katanya lagi, pegawai-pegawai agama sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat, namun sebaliknya berlaku.

“Kedudukan dan kuasa tidak boleh disalah gunakan. Kita melihat ini perkara serius kerana mereka diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat,” katanya.

Jelasnya, penahanan beberapa pegawai agama di Johor bukan kes pertama oleh pihak SPRM, malah ia juga tidak akan menjadi penangkapan terakhir.- https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *