Home » Langit Terbuka » SPRM sita wang tunai RM280,000

SPRM sita wang tunai RM280,000

Jumlah sitaan yang dilakukan SPRM dalam kes penyelewengan dana PRU 14 sehingga kini telah mencecah RM1.47 juta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita lagi wang tunai dianggarkan bernilai RM280,000 dipercayai hasil penyelewengan wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut sumber, jumlah sitaan yang dilakukan SPRM sehingga kini telah mencecah RM1.47 juta.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kenderaan yang disita SPRM hari ini,” katanya, hari ini.

Rabu lalu, sebanyak 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri direman lima hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menyeleweng wang PRU-14 bernilai RM3.5 juta kira-kira pukul 3.30 pagi pada 10 Mei lalu

Beberapa aset berharga termasuk kenderaan mewah turut disita selain wang tunai milik 17 pengawal keselamatan berkenaan disyaki hasil penyelewengan tersebut.

 

https://www.utusan.com.my/berita/politik/sprm-sita-wang-tunai-rm280-000-1.727380

 

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *