Home » Langit Terbuka » SPRM tangguh papar senarai harta menteri, ahli Parlimen

SPRM tangguh papar senarai harta menteri, ahli Parlimen

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, penangguhan itu dibuat memandangkan semua menteri Kabinet dan ahli Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka

KUALA LUMPUR – Senarai perisytiharan harta menteri Kabinet dan ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Oktober ini ditunda ke 15 Oktober.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penangguhan itu dibuat memandangkan semua menteri Kabinet dan ahli Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.

“Sepatutnya 1 Oktober ini tapi kita tangguhkan dua minggu kepada 15 Oktober untuk semua menteri Kabinet dan ahli Parlimen untuk isytiharkan harta mereka.

“Senarai harta ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pihak SPRM sebelum kita siarkan di Portal SPRM,” katanya selepas majlis deklarasi dan menandatangani ikrar bebas rasuah ketua-ketua jabatan Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini perisytiharan harta tidak melibatkan Adun dan kepimpinan di peringkat negeri. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *