Home » Langit Terbuka » SPV akan pulangkan semula aset TH – Anwar

SPV akan pulangkan semula aset TH – Anwar

KUALA LUMPUR – Aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) oleh kerajaan pada tahun 2018 akan dipulangkan semula kepada TH.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan (MOF), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan antara MOF dan TH berhubung perkara itu sedang dilakukan.

“Saudara Mujahid (Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa) sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ketika itu)
memberikan usul MOF mengambil alih (aset TH) dalam keadaan TH masa itu menghadapi masalah kewangan.

“Sekarang ini dengan pengurusan baharu yang lebih cekap dan dapat memulihkan keyakinan dan pengurusan yang lebih mantap, maka MOF sedang berunding memindahkan semula aset yang dipegang MOF kepada TH,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Lembaga TH di Menara TH di sini pada 29 September.

Anwar menjelaskan, pemulangan semula aset TH mungkin akan dilakukan secara berperingkat dan nilai semasa aset terlibat belum boleh diumumkan sehingga proses rundingan selesai.

“Tapi (pemulangan aset TH) dengan sendiri menjawab tohmahan dan fitnah bertahun-tahun, berbakul-bakul menyatakan ini (aset TH) telah dijual. Tiada yang dijual. Masih kekal sebagai satu amanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *