Home » Citra Yadim » SSM cadang terus salur CSR kepada YADIM

SSM cadang terus salur CSR kepada YADIM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sangat berminat dengan program program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM, En. Mohamad Shahren Mohamad Yusri dalam lawatannya ke YADIM baru baru ini menjelaskan, pihaknya menimbangkan cadangan supaya  sumbangan tanggungjawab korporat (CSR) daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SSM disalur terus kepada YADIM yang sememangnya giat menjalankan pelbagai program kemasyarakatan.

“SSM terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya untuk menjalankan aktiviti CSR,” ujar Shahren.

Beliau berkata demikian dalam lawatannya ke ibu pejabat YADIM baru baru ini menemui Timbalan Yang Dipertua YADIM (mantan) Y.Bhg ustaz Mohd Zaidi Ramli bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama badan dakwah ini.

Turut sama dalam perbincangan ialah  Eksekutif Kanan, Unit Muamalah, Bahagian Pembangunan Ummah YADIM, saudara Muzafar Abd. Rahim.

Dalam pada itu, SSM bersetuju untuk melibatkan YADIM dalam program Pengurusan Kewangan Islam untuk para usahawan yang berdaftar dengan mereka.

Ketika ini, terdapat kira kira 1.2 juta syarikat berdaftar dengan SSM.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *