Home » Citra Yadim » YADIM sertai misi bantuan ke Palu

YADIM sertai misi bantuan ke Palu

PUTRAJAYA – Sebagai sebuah badan dakwah yang sentiasa cakna dengan keperluan saudara seagama walau di mana pun berada, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  telah menyertai Misi Bantuan Pasca Tsunami ke Palu.

Misi berkenaan merupakan peringkat agensi agama di Jabatan Perdana Menteri yang turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Program ini adalah dibawah kelolaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) yang berlangsung dari 15 hingga 22 November ini.

Ini merupakan kali ketiga YADIM menyertai program seumpama ini apabila terdahulu,  YADIM menyertai misi yang sama pada 4 November 2018 bersama Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai Pengarah YADIM Zon Sabah,Tuan Haji Samin Ongki.

Seterusnya  pada 8 November 2018, YADIM sekali lagi ke Palu bersama NGO HALUAN yang diwakili oleh saudara Nik Mohd Adham Che Zainuddin dari Bahagian Pengurusan & Pembangunan NGO.

Untuk misi terbaharu ini, YADIM diwakili oleh Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat Tuan Syahrizal Mat, yang tiba di Palu bersama delegasi lain pada 16 November lalu.

 

Ketika di kawasan bencana, delegasi misi akan sama sama membangunkan beberapa projek kemudahan asas hasil sumbangan derma rakyat Malaysia terutama melalui Tabung Bencana Alam anjuran JAKIM.

Antara kawasan di tinjau untuk berikan bantuan ialah di Kampung Lere, Kota Palu, yang menempatkan Jambatan Kuning, salah satu infrastruktur utama di kawasan bencana yang musnah.

Delegasi Malaysia ini turut membangunkan sebuah projek pembangunan perkampungan yang berskala besar untuk membantu mangsa bencana.

Perkampungan yang dikelolakan MAPIM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu merupakan projek julung kali diadakan dan antara inisiatif terbesar dalam misi bantuan kemanusian dari Malaysia ke kawasan yang terkesan akibat musibah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pihaknya yakin pembinaan perkampungan di wilayah Ulujadi itu dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan pada pertengahan bulan Disember.

Perkampungan yang dinamakan Ummah Malaysia itu, dibina dengan anggaran kos RM1 juta, bakal dilengkapi dengan 100 rumah, masjid, dapur umum serta kawasan permainan kanak-kanak.

Turut disediakan ialah Projek Pompa Air (pam air) yang menyediakan bekalan air bersih untuk mangsa bencana.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *