Home » Citra Yadim » Street Dakwah YADIM Kelantan di Pasar Siti Khadijah

Street Dakwah YADIM Kelantan di Pasar Siti Khadijah

KOTA BHARU – Kehadiran ramai pengunjung pada cuti persekolahan telah dimanfaatkan oleh YADIM Kelantan untuk menjalankan program Street Dakwah sempena Ihya Bulan Barakah 2022 pada 26 Februari.

Program bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengahari ini, dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, rakan badan bukan kerajaan Nisa, Ameerah, ADAM dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kota Bharu.

Hampir 40 sukarelawan hadir mengedarkan  risalah dakwah kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Siti Khadijah ini.

Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Penolong Pengarahnya Aidi Kussuma Mamat. Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB BRI Ustaz Muhamad Huzaifah Abdul Halim dan Ketua SAY Kota Bharu Ustaz Raja Mohd Hakkam Raja Omar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *