Home » Citra Yadim » Kursus Profesional Daie Muda anjuran YADIM Kedah

Kursus Profesional Daie Muda anjuran YADIM Kedah

PENDANG – Usaha dakwah terhadap generasi muda sebaiknya dilaksanakan dan disampaikan sendiri oleh golongan berkenaan kerana mereka lebih dekat dan memahami apakah pendekatan dan keperluan generasi ini.

Justeru dengan hasrat melahirkan pendakwah generasi terkini, selain menjadi pelapis pendakwah akan datang, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Profesional Daie Muda bertempat di Pendang Lake Resort di sini.

Program bermula 24 hingga 26 Februari  anjuran bersama Exco Kerajaan Negeri, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Pertubuhan Raudatul Muhibbin Negeri Kedah ini disertai seramai 40 pendakwah muda.

Kesemua peserta ini akan dilantik menjadi Ejen Dakwah Anak Muda YADIM Kedah.

Majlis penyampaian sijil dan perasmian penutup disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Yayasan Islam Negeri Kedah, Ustaz Majdi Husin, Timbalan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Aman, Ustaz Abd Hadi Omar, Ustaz Sukarno Abd Hamid dan Ustaz Wan Amirul Asyraf Wan Kamaruzzaman dari  Pertubuhan Raudatul Muhibbin Negeri Kedah.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *