Home » Citra Yadim » Street Dakwah Zon Utara

Street Dakwah Zon Utara

PADA 27 Mei dan 28 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Street Dakwah bersama beberapa agensi lain termasuk pihak swasta seperti Pasaraya Mydin Mall Bertam, Yayasan Ehsan Permatang Sintok, Yayasan Salam, dan Yayasan Pembagunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Turut memberikan kerjasama termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, BDB Land Sdn. Bhd. serta beberapa individu lain seperti pemuzik jalanan, Young Busker.

Pada 27 Mei 2016,  program Street Dakwah telah diadakan di Taman Tasik Tema Jitra, Kedah dan di antara antara aktiviti yang telah dijalankan ialah tazkirah, persembahan busking serta edaran flyers jom solat dan jauhi zina serta penyampaian hadiah untuk pemenang kuiz.

Pada 28 Mei 2016, program Street Da’wah telah diadakan di Mydin Mall Bertam bermula jam 2.30 petang dengan program Bicara Palestin dan Syria dari MAPIM, klinik al-Fatihah ( tasmiq bacaan), tazkirah, busking dan slot arrahnu YaPEIM.

Program kemudiannya, bersambung dengan ceramah berkaitan ibadah korban arrahnu oleh YaPEIM dan diikuti dengan tazkirah dan persembahan busking. Antara aktiviti lain yang turut dijalankan ialah program my ole-ole (sumbangan beras, gula dan lain-lain), jualan amal MAPIM dan cuci emas oleh YaPEIM.- YADIM

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *