Home » Citra Yadim » Sukarelawan ke Masjid : Inisiatif pemantapan SAY Terengganu

Sukarelawan ke Masjid : Inisiatif pemantapan SAY Terengganu

MARANG – Sebagai usaha memantapkan gerak kerja sukarelawannya, YADIM Terengganu mengadakan program YADIM Murabbi : Sukarelawan Ke Masjid bertempat di Masjid Padang Mengkuang di sini pada 12 Februari.

Antara pengisian program termasuklah slot tazkirah oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dengan tajuk ” Memahami Konsep Sukarelawan Dakwah”.

Melalui program juga ini para SAY didedahkan dengan konsep kesukarelawanan dan gambaran situasi atau keadaan yang memerlukan khidmat mereka di lapangan.

Mereka juga diseru supaya mampu menjadi penggerak dakwah yang berkesan dalam masyarakat sekaligus merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghayati Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS).

Seramai 36 ahli SAY hadir di sini dari sekitar Padang Mengkuang dan Bukit Payong.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *