Home » Citra Yadim » Sambutan Tahun Baru Cina 2022 YADIM Kedah bersama rakan strategik

Sambutan Tahun Baru Cina 2022 YADIM Kedah bersama rakan strategik

KULIM – YADIM Kedah juga tidak ketinggalan dalam meraikan dan menyantuni komuniti Cina di negeri ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Antara program terkini bersama golongan tersebut diadakan pada 12 Februari di Internasional Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) di sini bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi rakan strategik YADIM Kedah.

Mereka yang terlibat ialah  Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kulim, IMTAC, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) negeri Kedah.

Antara aktiviti sepanjang program ialah perkongsian kisah Not Yet Muslim bersama penceramah terkenal, Brother Imran dan pemberian angpau Tahun Baru Cina untuk kanak kanak yang hadir.

Hadir sama Pegawai Agama Pejabat Agama Daerah Kulim Tn. Syeikh Mohd Haizan Hamzah, Pengerusi MACMA Kulim, saudara Firdaus Ang Abdullah, Pengerusi MACMA Pulau Pinang, Muhammad Faiz Ghan, dan Mudir IMTAC, Ustaz Mad Cina.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *