Home » Citra Yadim » Sukarelawan YADIM di konvokesyen TATI UC

Sukarelawan YADIM di konvokesyen TATI UC

KEMAMAN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Terengganu telah terlibat dalam konvokesyen Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Negeri Terengganu pada 3 April.

Program di Dewan Canselor Universiti College TATI (TATI UC) di sini itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary.

Seramai 26 ahli SAY terlibat membantu tugasan khas serta urusan kebersihan selain penonjolan imej serta identiti sukarelawan itu sendiri.

Turut dibuka kaunter promosi keanggotaan sukarelawan, jualan T-Shirt serta promosi kempen Tabung Infaq YADIM 1M1R.

Turut hadir ke majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengasas AKMAL, Cikgu Haji Husin Ismail, Rector TATI UC, Prof. Dr. Anuar Ahmad, pengarah-pengarah agensi negeri dan persekutuan serta beberapa pembesar negeri.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *