Home » Citra Yadim » Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam meraikan anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT

Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam meraikan anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT

SENTIASA Mengutamakan kebajikan, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 22 Oktober meraikan anak-anak ahlinya yang berjaya menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Bertempat di pejabat salah seorang ahli jawatankuasanya, Ustaz Kamarudin Sulaiman, tujuh pelajar yang berjaya menyambung pelajaran menerima sedikit sumbangan wang tunai bagi menyuntik semangat dan dorongan untuk mereka.
Dua pelajar tersebut berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, tiga ke Universiti Teknologi Mara, seorang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan seorang lagi ke Politeknik Ungku Omar.
Ia disampaikan Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari diiringi Ustaz Kamaruddin, penceramah dan pakar motivasi bertauliah serta Pengarah Kolej Pengajian Tinggi Insaniah, Sungai Besar, Dr Haji Mohd Hisham Surgi.
Puan Hasnah berkata, acara yang pertama kali ini akan berlangsung ini akan dijadikan acara tahunan selepas ini.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *