Home » Citra Yadim » Sukarelawan YADIM tawan Dabong

Sukarelawan YADIM tawan Dabong

KUALA KRAI – Hari terakhir YADIM di Dabong di sini menyaksikan kempen I Love Muhammad SAW anjuran badan dakwah ini diperhebatkan.

Sukarelawan YADIM (SAY) telah mengunjungi beberapa tempat tumpuan pengunjung bagi mengedarkan bahan kempen jelajah dan terus menyatakan kecintaan kepada baginda Rasullah S.A.W.

Ia merupakan susulan kepada acara edaran bahan kempen dalam gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad ketika perjalanan ke sini.

Selain edaran bahan kempen, keberadaan SAY dalam program terus ditunjukkan menerusi program seperti Musa’adah untuk asnaf dan kuliah di Masjid Mukim Dabong.

Sementara itu, dalam usaha memberikan kesedaran bahawa pendidikan adalah salah satu jalan utama dakwah, sesi taklimat peluang akademik telah diadakan dengan penerangan disampaikan oleh kaunselor berdaftar selain sesi perkongsian oleh para alumni insititusi pendidikan milik MARA.

Turut diadakan adalah reruai pameran Jom Masuk ke IPT oleh MARA dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Tidak ketinggalan juga ialah pemeriksaan kesihatan dan juga jamuan rakyat untuk penduduk sekitar.

Perasmian Program ‘Train To Dabong’ telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Yang Berhormat Ku Mohd Zaki Ku Hussin ADUN di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong.

Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Pengetua SMK Dabong Tuan Haji Suhaimi Ab Ghani dan wakil wakil rakan strategik program seperti Pengarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM), Puan Zarina Ahmad, Yang Dipertua persatuan Muafakat KPMBM, Tuan Haji Khairul Haniza Dato’ Ibrahim, Eksekutif Kanan Farhan Adam Food Industries, Encik Akmal Izzad, Ketua Pengiring Sekolah Menengah Agama JAIM Al-Ahmadi, Muhammad Faiez Ghazali dan wakil Pusat Islam UTEM Merangkap Pengerusi Sukarelawan YADIM Merlimau, Ustaz Mohd Fauzee Mohamed.

Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly dan Pegawai Bahagian Penerbitan, Muzafar Abd Rahim turut serta dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *