Home » Citra Yadim » Souq@YADIM di Pengkalan Chepa santuni 500 keluarga

Souq@YADIM di Pengkalan Chepa santuni 500 keluarga

PENGKALAN CHEPA – Siri Souq@YADIM terbaharu yang diadakan di Parlimen ini telah memanfaatkan 500 penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan pada 23 Julai.
Mereka yang dibantu menerima barangan dapur seperti tepung, gula, sayuran dan seekor ayam.

Mereka turut membawa pulang beras yang disumbangkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyempurnakan majlis ini berkata, program ini merupakan satu inisiatif menyampaikan sumbangan terus kepada golongan yang perlu dibantu di Parlimen ini.

Pada majlis ini juga seramai 20 penghantar makanan turut terlibat menghantar barangan keperluan terus kepada 20 kediaman keluarga asnaf.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Ekskeutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Kelantan, Haji Mahadi Awang.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *