Home » Langit Terbuka » Sultan berhak tegur isu Melayu, Islam

Sultan berhak tegur isu Melayu, Islam

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat penting sebagai pemerintah negeri demi keharmonian negara

KUALA LUMPUR – Raja-raja Melayu berhak menegur mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya mempersoalkan segala perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat penting sebagai pemerintah negeri demi keharmonian negara.

“Sebagai pemerintah di Selangor, baginda sememangnya berhak menegur pihak yang berani mempersoalkan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, pihak berwajib juga perlu mengambil kira nasihat daripada pemerintah negeri dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu tanpa mengetepikan hak kaum lain di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas titah Sultan Sharafuddin yang menegur tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.

Titah baginda, golongan itu juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat hingga membangkit serta mempersoalkan perjanjian kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *