Home » Langit Terbuka » Sultan Ibrahim dimasyhur Canselor Pertama KUIJSI

Sultan Ibrahim dimasyhur Canselor Pertama KUIJSI

SULTAN Ibrahim Iskandar dimasyhurkan sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI). FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dimasyhurkan sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), hari ini.

Pemasyhuran Sultan Ibrahim itu disempurnakan pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-21 KUIJSI, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA) hari ini.

Sultan Ibrahim turut memperkenankan pelantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pro Canselor I KUIJSI manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani pula sebagai Pro Canselor II KUIJSI.

Pemasyhuran Tunku Ismail dan Azmi sebagai Pro Canselor KUIJSI turut dilakukan pada istiadat berkenaan.

Istiadat berkenaan turut menyaksikan Pemasyhuran Naik Taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang disempurnakan Sultan Ibrahim sebagai Canselor Pertama kolej universiti berkenaan.

Pemakluman Naik Taraf Kolej Universiti itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datum Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, Onn Hafiz dalam ucapan aluannya berkata, Johor sangat bertuah bernaung di bawah naungan Sultan Ibrahim yang sentiasa meletakkan keutamaan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

“Kesultanan Johor seawal 1902 telah menitikberatkan pendidikan termasuk pendidikan agama. Pada tahun 1902, peraturan telah dikeluarkan mewajibkan pendidikan diberikan kepada kanak-kanak seawal usia 7 tahun.

“Kesultanan Johor memandang bahawa Pendidikan Islam bukanlah hanya bersifat keagamaan semata-mata tetapi juga meliputi keseluruhan aspek kehidupan,” katanya.

Bersempena Majlis Konvokesyen KUIJSI Ke-21, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan Anugerah Canselor kepada Nurul Shafiqah Mohd Azman, sebagai graduan cemerlang KUIJSI.

Seramai 508 graduan turut menerima diploma pada Konvokesyen KUIJSI Ke-21, hari ini.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *